Sabtu, 7 Mac 2015

KEMENSAH - WARISAN HATI RIMBA 28/02 - 01/03 2015

AS SALAM SEMER...

Dah lama rasanya tak memblog...dan hari ini hati ingin berbicara..!!!
nak share kat korang pasal percutian Club kami yang di beri nama 7 JAHANAM!!!!
walaupun tak sumer ada tapi cukup sempoi...best sgt...
jeng..jeng..jeng...........!!!

inilah WARISAN HATI RIMBA

Club kami telah pergi bersantai2 di kemensah.  walaupun bukan bertaraf bintang2 lah sgt...tapi kami dapat mencapai misi kami ke sana..KAMI ENJOYYYY!!!..kita orang ni memang dah kepala gila2...bila dah bersama2 tu bertambah giler lah jadinya.....

aku masih terbayang suasana yang tenang....kehijauan pokok2..deruan air sungai....dah lama aku tak menikmati suasana begini....asyik tgk jem..asap..kenderaan...bangunan...JIWA SENI/PENCINTA ALAM SEMULAJADI memang cam ni lah kot...hehheh...

apa aktiviti 7 jahanam kat sana?.

Aku ngan kak jaja adalah orang pertama sampai....sementara tunggu yang lain kami lepak sambil melihat2 apa yg sedang berlaku di sekitar kami,,,,



Ramai juga yg mandi tika ini..tapi kami difahamkan... dorang sumer tak  menginap di situ..ok lah..aku tak berapa suka terlalu ramai...rimas..sebab tu tidak memilih waktu cuti panjang.  Tempatnya bersih dan dijaga rapi..kat sini..bilik penginapan tak berapa besar...dan harus berkongsi bilik mandi....(ala tak der hal lah).  setakat satu malam..kan..kan..kan.  

 kat sini tak perlu risau pasal makan...
order dan bayar....

yg atas ni kak elly ..dia lah ceo...manager..tukang cuci dan tukang masak.


seronokk yer....!!! tunggu den punya turn....



ok... bila dah ramai group kami yang sampai..maka bermula lah acara,,bagi anak2 of kos lah nak mandi kan..tak tahan tgk ayo  tu kan....yang mak2 ni..buat persiapan untuk ber bbq n steamboat pada malamnya.

 ni lah cik noridawati..orang kuat dlm menjayakan rancangan masak2 stemboat pada mlm tu...


ni kambing yg dalam proses pembakaran....

sempat lagi tu,,heehehh

seterusnya..apa lagi 9pm-3am..karok time


bertambah meriah dengan kehadiran kak ida dan family..pun sporting habis...

lagu rock,,asli..balada...sumer ada lah..sampaikan lagu raya pun kami layan gak..kesian orang lain nak tido..heheheheh..

yehaaaaaaa.....




sebenarnya pic utk aktiviti mlm ni den dah terpadam. mana yang ada jer lah...


yg ni sensasi...couple of the year....payah nak cari la ni.....
tukang bakaq pun depa lah...



pagi esoknya


Walaupun tido jam 4 pagi..tapi aku tetap bangun awal 5.30 pagi......dah biasakan....apa yg menarik kat sini...mlm memang sejuk...tak perlu kipas.....tapi air dia panas....dari duduk kat atas baik masuk dalam kolam tu.....pepagi air dia berasap.....(air bukit / dalm tanah yg pertama kata kak elly)


Sapa datang tak mandi memang rugi..air ni tak der bahan campuran cam kat pool tu....air dia adalah air bukit yg pertama......pembersihan kolam ni akan dilakukan pada setiap hari isnin...air akan dikeluarkan dan diisi dengan air bukit yang baru......so jgn risau....

kul 7 dah terjun dalm kolam ni ....dlm masa yang sama kami sambung aktiviti bbq / stemboat yang masih ada...(kambing/sosej/ikan)...sementara menunggu sarapan siap pada jam 9 pagi.

ikan/sosej/kambing...pepagi nih...

kami juga menempah makanan dari kak elly.  kami hanya bawa bahan utk bbq/steamboat sahaja.

sarapan pagi
air kopi
cekodok cicah sos
mee goreng.

lepas makan terjun balik dalm ..kolam. maklumlah check out lambat lagi kul 4 petang kang.

dlm kul 11..rasanya cukup dah bekubang..aku naik mandi...dan lepak ngan geng sambil makan.


tgh..tgh dok melepak..tiba2 tuan tanah ajak karok lah pulak..tak cukup malm ....tapi kami ni pantang di lawe......klu dah free layan jer lah...


tapi kak elly ni memang spoting dan tak berkira..orgnya...boleh pulak dia ajak karok sekali...

lebih kurang kul 12..lunch kami dah ready..


nasi putih
ayam masak lemak cili padi
sayur kobis + carrot
sambal belacan
ikan kering

masakan kak elly memang terbaekk.

lepas makan dah boleh kemas2 ...


tgk ...ni lah dia...time berendam tak hingat..bila nak balik ada yang sakit kaki..ada yg tido duduk...macam2 perangaiii......hehehehh


TAMAT..






Terima Kasih

Selasa, 17 Februari 2015

Apa itu Royal Sweetener Stevia atau RSS?


APA ITU ROYAL SWEETENER STEVIA @ RSS @ GULA STEVIA RCC?

Mungkin ada di antara kita yang pernah terdengar tentang gula Stevia RCC atau mungkin pemanis Stevia RSS. Kedua-duanya adalah produk yang sama iaitu Royal Sweetener Stevia, pemanis semulajadi keluaran syarikat Bumiputera Muslim, RCC Global (M) Sdn Bhd.

Terdapat banyak jenis produk daun Stevia di pasaran Malaysia, ada berbentuk serbuk dan ada juga yg berpaket-paket seperti yang disediakan di hotel-hotel tetapi harga produk-produk tersebut agak mahal dan susah untuk disukat penggunaannya.

Royal Sweetener Stevia adalah pemanis semulajadi daripada ekstrak Stevia berbentuk cecair. Lebih jimat, murah dan semulajadi. Tiada bahan pewarna atau perasa tiruan atau perasa tambahan.



Hanya guna 1 titis, sudah boleh memaniskan 200ml air.
1 titis pemanis RSS adalah bersamaan dengan 3 sudu teh gula pasir.
1 botol Royal Sweetener Stevia mengandungi 10 ml ekstrak Stevia.
Satu botol ini boleh mencapai sehingga 200 hingga 300 titis.
1botol = 10ml = 300 titis
Boleh memaniskan lebih 60 liter air.. Malah boleh dicampurkan dalam masakan. kita gantikan gula pasir kepada gula stevia. Lebih manis..lebih sihat..



APA KEUNIKAN ROYAL SWEETENER STEVIA?
Revolusi stevia adalah daripada daun kering stevia seperti daun teh kepada serbuk dan sekarang dalam bentuk cecair (liquid form). Kandungan gula Stevia RCC hanyalah ekstrak stevia dan reverse osmosis water sahaja.

Jenama equal dan pal sweet juga telah menggunakan stevia dalam produk mereka tetapi sebahagiannya dicampurkan dengan bahan lain. Stevia RCC kekal 0 kalori.



ADAKAH RSS MENGANDUNGI BAHAN KIMIA?
Tiada bahan kimia.. ada keputusan makmal.. kalau nak hantar untuk pemeriksaan di mana-mana makmal kimia pun boleh. Ia bersifat semulajadi.



DI MANA SUMBER EKSTRAK DAUN STEVIA?
Ekstrak Stevia adalah dari daun Stevia Rebaudiana. Tanaman stevia ada di Malaysia.. kalau pernah pergi taman pertanian di Tenom boleh dapat daun stevia di sana.. Terdapat juga ladang tanaman stevia di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lagi.  Stevia adalah tanaman tropika dan subtropika.. untuk maklumat lanjut boleh google website Global Stevia Institute.. Banyak research paper telah diterbitkan.



Royal Sweetener Stevia  yang juga dikenali sebagai daun manis atau pokok gula banyak kelebihannya. Selain manis semulajadi, kelebihan lainnya adalah;

·         Mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh badan.
  • Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
  • Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda.
  • Sebagai pemanis semulajadi, sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan.
  • Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes dan Hypoglycemia).
  • Membantu menurunkan tekanan darah.
  • Membantu sistem penghadaman badan.
  • Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  • Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti).
  • Melawaskan pembuangan air kecil.


Cara Penggunaan  

Percaya atau tidak bahawa satu botol Royal Sweetener Stevia bersamaan 300 titis.WOWWWW!!!

  

Testimoni Pengguna Royal Sweetener stevia atau Pemanis semulajadi Stevia









  
Bagi anda yang nak cuba dapatkan produk ‘Royal Sweetener Stevia’  dan mengetahui harganya, boleh hubungi:
Whatsapp/viber/telegram: 019 2796476 




Terima Kasih

© Blog Bicara Hati | Designed By MaiGraphikDesign